Perihal Teater dan Malam Teater Econs ECTN 2017

Tulisan ini bertujuan memperihal serba sedikit peranan teater dalam masyarakat serta pengamalannya, lalu memberi sedikit ulasan terhadap teater Econs Theatre Night 2017 (ECTN) tempohari. Kemudian, beberapa cadangan diberikan tentang penginstitusiannya dalam badan pelajar – khususnya Bachelor of Economics Council (BECS). Pada bulan Oktober yang lepas, telah berlangsung acara tahunan EMSS iaitu Economics Festival (E-Fest) 2017. … Continue reading Perihal Teater dan Malam Teater Econs ECTN 2017

Sloganisasi – Merosak Keliru Makna demi Undi

Sempena Pilihanraya kampus yang bakal berlangsung tidak lama lagi, saya berasa terpanggil untuk menulis sedikit catatan bagi memperihal keadaan pilihanraya yang biasanya akan dipenuhi dengan pelbagai ragam manusia. Apa yang menarik untuk diperhati ialah gelagat para politikus atau mereka yang berfikiran cenderung kepada politik sebagai tujuan dan matlamat mereka. Dan sudah sedia dimaklumi bahawa para … Continue reading Sloganisasi – Merosak Keliru Makna demi Undi

Pentingkah Sejarah Pemikiran Ekonomi?

Tentu sekali telah banyak tulisan yang memperkatakan tentang peri pentingnya pengetahuan sejarah pemikiran ekonomi (SPE) dari sudut ‘kefahaman’ yang lebih mendalam apabila ilmu ekonomi moden yang diajarkan masa kini sudah dilatari dengan pengetahuan dan maklumat sejarah yang luas. Perkembangan sesuatu disiplin ilmu itu pastilah tidak lahir secara vakum, iaitu muncul secara tiba-tiba tanpa terkesan dengan … Continue reading Pentingkah Sejarah Pemikiran Ekonomi?

Mengapa perlu Meng-kritik (Menilai persatuan pelajar Universiti)

  Perkataan ‘kritik’, atau ‘kritikal’ sering sekali didengari hari ini, lebih-lebih lagi dalam dunia akademik, seperti ‘critical sociology’, ‘critical theory’, ‘literary criticism’, ‘critique of political economy’ dan sebagainya. Apa yang sebenarnya manusia-manusia ini fikirkan? Apakah kerana berseronok untuk mencari kesalahan dan kekurangan orang lain? Meng-kritik merupakan perbuatan menolak sesuatu yang berlaku atau sesuatu kenyataan, dengan … Continue reading Mengapa perlu Meng-kritik (Menilai persatuan pelajar Universiti)

Meneliti Meta-Prinsip Ekonomi Moden dan Kesannya kepada Kewangan dan Perbankan Islam

Oleh: Yusuf Jha Terjemahan: Amru Khalid Niskala: Prinsip asas ekonomi neo-klasikal moden, sepertimana disiplin sains sosial yang lain, telah terpengaruh dengan keseluruhan haluan pemikiran pasca-pencerahan yang sekular dan humanistik, berserta akar epistemologinya seperti rasionalisme, individualisme berkaedah termasuk juga anggapan terhadap keunggulan dan mengagung-agungkan penggunaan kaedah saintifik dalam menilai semua bentuk ilmu. Kertas kerja ini mencabar … Continue reading Meneliti Meta-Prinsip Ekonomi Moden dan Kesannya kepada Kewangan dan Perbankan Islam

Adab Seorang Mufti dan Amalan Perbankan Islam

  The Adab of the Mufti Oleh Mahdi Lock Terjemahan: Amru Khalid   Pengenalan (oleh perterj.) Tulisan ini merupakan terjemahan kepada pengenalan oleh Mahdi Lock kepada terjemahannya pada kitab al-Majmu’ karangan Imam al-Nawawi. Tulisan beliau dimasukkan ke dalam kertas kerja bagi memperkenalkan Ekonomi Ihsani (IGE). Kepentingan tulisan ini ialah pada menujukan permasalahan dalam pengamalan kewangan … Continue reading Adab Seorang Mufti dan Amalan Perbankan Islam

Refleksi Terhadap Ekonomi dan Ekologi

  Pendahuluan Pelajaran ekonomi masakini adalah bermasalah. Fokus sentral dalam mempelajari ekonomi cuma tinggal untuk menjadikan seseorang itu sebagai pekerja, yang taat dan tunduk kepada para majikan dan para kapitalis. Justeru itu, harus kita teliti sistem pendidikan kini yang boleh diragukan apakah kenal erti ‘mendidik’ itu dengan benar, yang kononnya mahu menerapkan ilmu namun hanya … Continue reading Refleksi Terhadap Ekonomi dan Ekologi

Menanggapi Ekonomi Heterodox

Tulisan ini merupakan analisis sementara, separa-masak, dan renungan terhadap persoalan ke atas pembelajaran ekonomi kini (setidaknya di UIAM). Ia juga merupakan cubaan untuk mengharmonikan perbincangan ekonomi heterodox dalam wacana ekonomi di Malaysia. --------------------------------------- Apa itu Ekonomi Heterodox? Secara etimologi, ‘heterodox’ berakar dari Bahasa Yunani iaitu ‘hetero’; yang berbeza, dan ‘doxa’; bermaksud pandangan (Collins Dict). Apabila … Continue reading Menanggapi Ekonomi Heterodox

Politik Ekologi

  Menyedari drama tragis dan lucu politik Malaysia yang tak berkunjung sudah, akhir-akhir ini rakyat kelihatan muak dengan aktor politik yang kebanyakannya diragui tujuan sebenar mereka ke pentas politik. Apakah benar bermatlamatkan murni, berkiblatkan ideologi yang teguh, serta berkeupayaan lengkap? Atau cuma sekadar memenuhi ruang kosong yang selesa, atau mempunyai tujuan-tujuan lain yang tidak tentu? … Continue reading Politik Ekologi

‘Rebranding’ Uni Massa

Rentetan daripada kritikan saya ke atas diskusi tempohari, saya merasa bertanggungjawab untuk mendatangkan solusi supaya tidak berlarutan masalah yang sama, juga supaya tidak terhenti sekadar cakap-cakap sahaja sedangkan tiada yang menyelesaikan masalah. Solusi ini juga, perlu dijelaskan, hanya di bawah ruang lingkup keupayaan saya (kami, penganjur Grup Diskusi Uni Massa) sahaja, adapun di luar bidang … Continue reading ‘Rebranding’ Uni Massa