Keturunan Hadrami: Keunggulan Salasilah dan Keteladanan Peniaga dalam Sejarah

Hadrami atau keturunan ‘orang Syed’ hari ini sudah semakin larut dan terasimilasi ke dalam masyarakat Melayu sehinggakan tiada perlu dihairankan pun kehadiran mereka di sekeliling kita. Setidaknya menurut pengalaman saya, orang Syed atau Hadrami ini tidak sukar pun untuk ditemui, bahkan adakalanya mereka sendiri tidak pernah ketahui asal-usul keturunan mereka secara mendalam. Tidak kurang juga … Continue reading Keturunan Hadrami: Keunggulan Salasilah dan Keteladanan Peniaga dalam Sejarah

Belajar dari Alam: Renungan pada Idea Tanitetap

Lanjutan dari rencana Rihlah Ekonomi Ihsani (REI) ke Terengganu tempohari, pelbagai dapatan dan renungan diri yang terhasil kesan daripada persekitaran dan pengetahuan yang diperoleh selama berkampung tiga hari di Kampung Petai Bubus, Kuala Terengganu. Dusun Padi milik Dr Adi Setia menjadi tempat segala perjalanan renungan ini berlaku, ditambah dengan selangan syarah dari beliau sendiri.   … Continue reading Belajar dari Alam: Renungan pada Idea Tanitetap

Perihal Teater dan Malam Teater Econs ECTN 2017

Tulisan ini bertujuan memperihal serba sedikit peranan teater dalam masyarakat serta pengamalannya, lalu memberi sedikit ulasan terhadap teater Econs Theatre Night 2017 (ECTN) tempohari. Kemudian, beberapa cadangan diberikan tentang penginstitusiannya dalam badan pelajar – khususnya Bachelor of Economics Council (BECS). Pada bulan Oktober yang lepas, telah berlangsung acara tahunan EMSS iaitu Economics Festival (E-Fest) 2017. … Continue reading Perihal Teater dan Malam Teater Econs ECTN 2017

Pentingkah Sejarah Pemikiran Ekonomi?

Tentu sekali telah banyak tulisan yang memperkatakan tentang peri pentingnya pengetahuan sejarah pemikiran ekonomi (SPE) dari sudut ‘kefahaman’ yang lebih mendalam apabila ilmu ekonomi moden yang diajarkan masa kini sudah dilatari dengan pengetahuan dan maklumat sejarah yang luas. Perkembangan sesuatu disiplin ilmu itu pastilah tidak lahir secara vakum, iaitu muncul secara tiba-tiba tanpa terkesan dengan … Continue reading Pentingkah Sejarah Pemikiran Ekonomi?

Economics is Only an Applied Mathematics?

  INTRODUCTION Students of economics nowadays mostly encounter the questions of why there are so many graphs and equations in economics that almost every explanations of economic phenomena were being done through mathematics. Some had already declared that the pre-requisite of taking economics are to have good commands and mastery in mathematics, which implied that … Continue reading Economics is Only an Applied Mathematics?

Meneliti Meta-Prinsip Ekonomi Moden dan Kesannya kepada Kewangan dan Perbankan Islam

Oleh: Yusuf Jha Terjemahan: Amru Khalid Niskala: Prinsip asas ekonomi neo-klasikal moden, sepertimana disiplin sains sosial yang lain, telah terpengaruh dengan keseluruhan haluan pemikiran pasca-pencerahan yang sekular dan humanistik, berserta akar epistemologinya seperti rasionalisme, individualisme berkaedah termasuk juga anggapan terhadap keunggulan dan mengagung-agungkan penggunaan kaedah saintifik dalam menilai semua bentuk ilmu. Kertas kerja ini mencabar … Continue reading Meneliti Meta-Prinsip Ekonomi Moden dan Kesannya kepada Kewangan dan Perbankan Islam

Ekonomi Ihsani: Satu Pengenalan Konsep Ringkas

Oleh Dr Adi Setia Terjemahan: Amru Khalid   Pengenalan   Ekonomi Ihsani (Islamic Gift Economy) merupakan satu sistem ekonomi bersepadu yang berpandukan prinsip kerjasama, tolong-menolong (taʿāwun), saling meredai (ʿan tarāḍin/ mutarāḍin) dan perkongsian (mushārakah). Prinsip-prinsip ini adalah berasaskan nilai-nilai seperti rahmah, syukur, kepemurahan (karam/ iḥsān) dan kesederhanaan (tawāzun/ ʿiffah), termasuk juga konsep khilafah, yakni kebertanggungjawaban … Continue reading Ekonomi Ihsani: Satu Pengenalan Konsep Ringkas

Pemikiran Ekonomi Melayu : Persoalan Moraliti

Oleh: Zainal Abidin Borhan   1.0       Kertas kerja ini mengandungi dua bahagian; a) cuba melontarkan pelbagai persoalan yang perlu kita analisiskan untuk kita memahami ekonomi Melayu, b) persoalan pemikiran ekonomi Melayu. Adalah diharapkan dalam seminar ini dapat kita bersama mengguna seluruh pengalaman dari pelbagai disiplin untuk mencari jawapan apakah ekonomi Melayu itu. Jika ia … Continue reading Pemikiran Ekonomi Melayu : Persoalan Moraliti