Ekonomi Pra-Klasik (terjemahan)

Sepanjang kehidupan manusia berada di muka bumi ini, mereka telah banyak selesaikan persoalan ekonomi seperti bagaimana untuk membahagikan jumlah makanan yang dimiliki antara kegunaan hari ini atau kegunaan esok, atau bagaimana caranya untuk membahagikan pekerja di antara ahli di dalam satu-satu kumpulan. Dokumen-dokumen bertulis yang meneliti perihal ekonomi telahpun wujud lebih daripada 2000 tahun dahulu, bermula dengan para penulis Bible dan yunani purba. Penulis yang lebih terkemudian, seperti para skolastik pada abad ke-tiga belas dan Adam Smith pada abad ke-lapan belas, dapat dibaca dengan jelas dalam kerja-kerja purba. Mereka membawa dan memindahkan sesetengah idea tersebut mereka ke zaman kita dan menolak sesetengahnya. Kita mulakan dengan beberapa perenggan tentang manifestasi terawal cara fikir ekonomi.

Yunani Purba

Banyak konsep dan persoalan yang masih mustahak dalam ekonomi telah dijumpai pada penulisan purba seperti Xenophon (430s.m. – 354s.m.), Plato (427s.m. – 347s.m.) dan Aristotle (384s.m. – 322s.m.). Mereka telah menulis tentang pembahagian pekerja dan pengkhususan pekerjaan, wang, pertukaran (exchange), nilai (value), kepentingan diri (self-interest), pengurusan ladang (estate management), dan pentadbiran awam (public administration). Mari kita lihat bagaimana mereka menanggapi persoalan-persoalan tersebut.

Pembahagian Pekerjaan

Dalam Politeia (370s.m. diterjemah sebagai The Republic) Plato mengungkapkan bagaimana satu-satu masyarakat berkembang dengan pembahagian pekerjaan yang menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi:

‘Jadi, aku berkata, ‘satu-satu masyarakat mula dibentuk, pada hemat aku, apabila seorang individu itu dapati bahawa dia secara sendirian tidak sendirinya lengkap, bahkan pada setiap mereka terdapat banyak keperluan yang mereka tidak akan mampu penuhi sendiri. Adakah kamu mempunyai cadangan jawapan alternatif kepada persoalan mengapa masyarakat itu ditemui?’

‘Tidak,’ dia berkata.

‘Jadi orang menjadi bergaul dengan ramai orang yang lain adalah demi memenuhi pelbagai keperluan, dan kita mempunyai pelbagai keperluan, jadi kita kumpulkan ramai manusia bersama dan benarkan mereka tinggal dalam satu daerah sebagai rakan-rakan dan pembantu. Kemudian, kita gelarkan gaya hidup begini sebagai satu masyarakat. Bolehkah begitu?’

‘Ya.’

‘Dan orang bertukar barangan dengan satu sama lain, kerana mereka fikir mereka akan mendapat lebih baik (better off) jika setiap mereka memberi dan menerima sesuatu sebagai pertukaran, tidakkan begitu?’

‘Ya.’

‘Baiklah begitu,’ kataku. ‘Mari kita bina satu teori masyarakat daripada awal. Rupa-rupanya, penyebabnya adalah keperluan diri.’

‘Sudah tentu.’

‘Dan paling asas, dan paling mustahak ialah keperluan tempat tinggal kita, dan yang ketiga ialah keperluan pakaian kita, dan lain-lain.’

‘Benar.’

‘Baiklah,’ kata aku. ‘Bagaimana mungkin masyarakat kita akan membiasakan diri dengan pembahagian ini? Tidakkah mesti di sana akan ada yang menjadi petani, lainnya menjadi pembina, dan ada pula penenun? Adakah itu sahaja orang yang kita perlukan untuk memastikan keperluan badan kita terjaga? Patutkah kita sertakan sekali pembuat kasut?’

‘Ya.’

‘Maka begitu terbentuklah masyarakat kita. Dikurangkan kepada kepentingan secara kasar, ia akan memerlukan empat atau lima orang.’

‘Begitulah nampaknya.’

(Plato 1993, pp 369-70)

Plato kemudiannya pergi memperkenalkan lagi dan lagi tentang pengkhususan pekerjaan dalam masyarakat yang lebih besar. Mesej ekonomi ketika itu ialah bahawa keefisienan (keberkesanan) akan meningkat apabila seseorang boleh mengkhususkan pekerjaannya kepada sesuatu perkara yang dia paling layak dan sesuai. Pengkhususan juga ada dibincangkan dalam Cyropedia (375s.m.) karya Xenophon. Beliau berhujah bahawa di dalam pekan kecil seseorang mungkin boleh menghasilkan perabot, pintu, bajak, dan mungkin sebuah rumah lengkap. Dalam pekan yang besar pula, sebaliknya, seorang tukang mungkin boleh khusus dalam pekerjaan, dan menjadi lebih berkemahiran dalam salah satu pekerjaan tadi. Lebih daripada dua ribu tahun kemudian, kita dapati perbincangan yang sama juga terdapat dalam (buku) Adam Smith, dengan jenis penukang (craftsmen) yang sama.

Pertukaran, Wang dan Bunga

Dalam Politics dan Ethics (330s.m.) Aristotle telah menanggapi persoalan ekonomi seperti pertukaran, wang, harga dan nilai. Walaupun beliau mungkin bertujuan menjadi analitikal (akademik), tetapi moralnya lebih menyerlah. Aristotle berpendapat bahawa kepentingan dalam pertukaran membawa erti kepemilikan peribadi, di mana beliau menganggap ia baik kerana akan menambah keefisienan, sedangkan Plato lebih cenderung menyokong kepemilikan berpusat. Aristotle mengambil kira pertukaran satu-satu barangan dengan yang lain sebagai semulajadi. Pertukaran sebegitu adalah tertakluk kepada limitasi kerana keperluan manusia adalah terhad. Jika seseorang mendapat terlampau banyak kuantiti sesuatu barang, ia bakal membahayakan atau sama sekali tidak berguna. Inilah cara Aristotle mengungkapkan apa yang Adam Smith juga katakan pada abad ke-lapan belas dengan menulis bahawa ‘kehendak terhadap makanan adalah terhad pada setiap manusia disebabkan kapasiti perut manusia yang kecil.’ Idea yang sama juga kembali dalam pemikiran neoklasik pada hujung abad ke-sembilan belas, dalam konsep utiliti sut berkurangan (diminishing marginal utility).

Pertukaran yang melibatkan wang adalah bukan semulajadi, tetapi dengan menjual demi mendapatkan duit untuk membolehkan pembelian barangan lain adalah, bagaimanapun, satu bentuk pertukaran. Riba (usury), sebagai contoh; meminjamkan wang demi mendapatkan bunga, adalah satu bentuk pertukaran yang diharamkan. Sememangnya semulajadi untuk tanaman dan ternakan membiak, tetapi bukan wang; wang dicipta semata-mata untuk menjadi medium pertukaran. Pandangan negatif kepada pengambilan bunga ini berlarutan dalam masa yang panjang. Ia boleh dijumpai dalam skolastik zaman pertengahan, dan ia dipegang secara ketat dalam gereja Katolik. Bunga, yang dikira sebagai riba, telah dilarang atau dikawal oleh undang-undang riba, yang mana masih terdapat sisa-sisanya di banyak negara. Pandangan negatif ini juga boleh dijumpai hari ini dalam pemikiran Islam, dan terdapat juga organisasi-organisasi sekular yang sedang mengusahakan bebas-bunga ekonomi (interest-free economy).

Nilai dan Harga

Aristotle telah menggunakan satu perbezaan yang juga boleh dijumpai dalam ekonomi Klasik lebih daripada 2000 tahun kemudian, terutamanya Marx, yang difahami dengan perbezaan antara nilai gunaan dan nilai pertukaran. Aristotle menggunakan kasut sebagai contoh. Kasut dapat digunakan sebagai alas kaki; maka ia mempunyai nilai gunaan. Walaubagaimanapun, ia masih boleh dijual dan ditukar dengan barangan yang lain; maka ia juga mempunyai nilai tukaran. Dalam konteks ini, Aristotle menyentuh tentang konsep ‘harga adil’ (just price) dalam pertukaran, satu konsep yang para skolastik zaman pertengahan datang untuk mengembangkannya lagi. (lihat bawah)

Bible

Walaupun bible bukanlah sebuah buku ekonomi, namun terdapat di dalamnya disebut perkara berkaitan dengan ekonomi. Antaranya ada yang turut dijumpai dalam karya ahli falsafah yunani, terutamanya berkenaan dengan pemungutan bunga (riba). Paling tidak, di dalam Old Testament, pendirian asas terhadap bunga adalah negatif. ‘Kamu tidak patut mengenakan bunga terhadap pinjaman kamu kepada orang-orang kampung, wang ataupun makanan atau barangan sekalipun yang boleh dikenakan caj bunga’ (Deuteronomy 23:19). Dalam New Testament tidak mengambil sikap begitu.

Masalah ketidakcukupan (scarcity) adalah masalah utama ekonomi. Ia hanya muncul setelah kejatuhan umat manusia (Fall of Man), dan telah diselesaikan dengan pelbagai cara, dan bukan sahaja dengan hanya kerja keras. Antara lainnya adalah dengan kepercayaan. Ketika zaman Exodus, Musa bertanya kepada Tuhan apa yang harus dilakukan apabila manusia menghadapi ketidakcukupan air. Tuhan telah mengarahkan supaya memukul tongkatnya ke atas batu. Musa lakukannya; baginda percaya mereka telah mencukupi dengan air daripada batu tersebut, dan inipun yang berlaku (Exodus 17). Solusi lainnya, yang agak serupa dengan yang pertama, ialah dengan mengarahkan minda kepada kerajaan Tuhan. Mari kita lihat contoh daripada New Testament:

… janganlah bertanya dengan penuh kerisauan, apakah yang kita akan makan? Apakah yang kita akan minum? Apakah yang kita akan pakai? Semua ini adalah demi (heathen) untuk lari daripadanya, bukan untuk kamu, kerana ayahmu yang mulia (heavenly) ketahui yang kamu perlukan itu semua. Letakkan minda kamu pada kerajaan Tuhan dan keadilan akan tiba sebelum yang lain, dan yang lain juga akan tiba selepasnya.

(matthew 6:31-33)

Solusi ketiga ialah dengan ketaatan kepada undang-undang:

Kamu bakal diperihatkan kepada arahan-arahan ini, undang-undang yang Aku berikan kepadamu hari ini, dan simpanlah mereka. Jika kamu mndengar kepada undang-undang ini dan kamu berhati-hati dalam menelitinya, dan Tuhan kamu akan beri jaminan atas sumpah yang telah dibuat dengan nenek moyang kamu dan akan terus beri kepercayaan kepada kamu. Dia akan sayangi kamu, rahmati kamu dan anugerahkan kemajuan kepada kamu. Dia akan rahmati rezeki yang lahir dari badan dan tanah kamu, jagung-jagung kamu dan arak dan minyak, keturunan kelompok kamu, kumpulan kambingmu (lambing flocks), di atas tanah yang Dia telah bersumpah dengan nenek moyang kamu untuk diberikan kepada kamu.

(Deuteronomy 7:11-13)

Ahli Skolastik

Pemikiran skolastik adalah adunan atau campuran daripada tiga tradisi intelektual yang berbeza. satu daripada falsafah Aristotle, kemudian daripada Bible bersama (Church Fathers), dan yang ketiga daripada undang-undang Rom. Zaman kemuncak skolastik ialah pada abad ke-tiga belas dan ke-empat belas, dan Thomas Aquinas (1225-1274) adalah tokoh utamanya. Kebangkitan dan keruduman Sekolah Salamanca pada abad ke-enam belas menandai pengakhiran era skolastik. Ahli skolastik adalah ahli teologi dan falsafah, dan seperti lazimnya mereka akan berbicara perihal ekonomi. Mereka memberikan pandangan terhadap ‘harga adil’, kadar bunga, dan hukum semulajadi.

Harga Adil dan Bunga

Menurut Schoolmen (ahli skolastik), harga adil, yang sudah dibincangkan oleh Aristotle, ialah harga akan muncul secara spontan dalam pasaran jika tiada yang ditipu, atau pemaksaan ke atas orang lain, dan jika situasi adalah normal dalam segala sudut yang lain. Akibatnya, harga dalam pasaran monopoly adalah tidak adil.

Sikap terhadap harga adil ini ditentukan berdasarkan pemungutan bunga. Secara asasnya, ahli skolastik menentang pemungutan bunga, seperti Aristotle, penulis awal Bible dan Church Fathers. Apabila wang dilihat semata-mata sebagai medium pertukaran, ia dikira tidak semula jadi dan tamak untuk jadikan duit berkali ganda. Walaubagaimanapun, para penulis skolastik telah menghadirkan pengecualian terhadap beberapa perkara yang menghalalkan pengambilan bunga. Contohnya, jika peminjam tidak membayar hutangnya dalam masa yang telah ditetapkan, pemiutang boleh mendapatkan bunga daripada bayaran yang tertunggak. Penulis lain berpendapat bahawa jika pemiutang dapat buktikan hutangnya itu meningkatkan kos, atau mungkin dalam bentuk untung yang berkurangan, dia boleh mendapatkan pampasan.

Hukum Semulajadi

Satu konsep yang penting dalam pemikiran skolastik ialah hukum semulajadi. Pada peringkat umum, hukum semulajadi boleh didefinisi sebagai prinsip sistem moral yang terdapat di dalam susunan satu-satu perkara (order of things) dan dalam sifat semulajadi manusia (nature of man), bersih daripada sebarang badan kehakiman. Pada Thomas Aquinas, hukum semulajadi ialah satu bahagian daripada hukum abadi Tuhan yang boleh diketahui manusia melalui kuasa ‘reason’. Idea hukum semulajadi ini sudah sedia wujud dalam falsafah Yunani purba, tetapi schoolmen menanggapinya dengan lebih terperinci, dengan cubaan membezakan antara ketentuan Tuhan (divine design) dan adat manusia (human conventions). Mereka telah mempengaruhi, seterusnya, ahli falsafah sosial pada abad ke-tujuh belas, seperti Hugo Grotius (1583- 1645), Thomas Hobbes (1588 – 1679), dan Samuel Von Pufendorf (1632 -1694), yang mengaggap bahawa sebuah masyarakat itu adalah yang telah diwujudkan dengan kontrak oleh kehendak individu dan hubungan antara hak sivil yang telah dipersetujui, dalam harta persendirian tertentu, dan dalam kuasa negara. Sebahagian daripada falsafah sosial dalam hukum semulajadi telah diterima pakai oleh Adam Smith dan ahli ekonomi klasikal yang lain. Ia juga dapat ditanggap pada kebanyakan pemikiran ekonomi semasa.

Lebihkan etika daripada menganalisa

Kita boleh merumuskan pemikiran daripada Yunani purba hingga ke skolastik dengan menyatakan kebanyakannya adalah bersifat normatif, tentang etika dan keadilan berbanding membincangkan sebab dan akibat daripada persoalan fenomena ekonomi. Perbincangan lebih berkait dengan perdagangan dan bentuk-bentuk lain pertukaran, percubaan menjadikan pemilikan persendirian dan pengumpulan duit sebaris dengan norma masyarakat dan agama (Antiquity) dan zaman pertegahan. Pengeluaran (production) adalah kurang kepentingannya, tetapi seperti apa yang dijumpai dalam pandangan Plato dan Xenophon terhadap pengkhususan pekerjaan, ia tidaklah diabaikan sama sekali.

Merkantilisme

Bentuk pemikiran ekonomi yang mendominasi pada era kebangkitan negara bangsa, antara abad ke-enam belas hingga lapan belas, dapat dikenali sebagai merkantilisme, kebanyakannya melalui kritikan yang dihamburkan ke atasnya oleh Adam Smith dalam Wealth of Nations (1776). Nama itu asalnya daripada ‘systeme mercantile’ dikreditan kepada ahli fisiokrat Perancis Marquia de Mirabeau (1715 – 1789). Ia merujuk kepada preskripsi polisi pusat bahawa negara seharusnya bertindak sebagai pedagang, meningkatkan kekayaan negara dengan memaksimakan lebihan perdagangan (surplus of trade) dengan negara lain. Merkantilisme adalah bukan satu rangakaian sekolah yang sama seperti skolastik pada abad ke-tiga belas, tetapi ia mengandungi ciri-ciri yang menyatukan seperti pengambilan bunga dalam imbangan perdagangan dan dalam pertumbuhan ekonomi. Sesetengah perbezaan negara bagaimanapun dapat dibezakan dari segi penekanannya. Penulis Jerman kerap menulis tentang kewangan awam (public finance); versi merkantilisme mereka adakalanya dikenali sebagai ‘cameralism’. Dalam merkantilisme Perancis, persoalan bagaimana untuk menyokong dan mengendali industri domestik adalah penting, terutamanya apabila Jean-Baptiste Colbert (1619-1683) mendapat pengaruh yang utama dalam polisi ekonomi. Ahli merkantilis Sepanyol telah menumpukan perhatian kepada bagaimana untuk menndapatkan logam berharga dan bagaimana mahu mendapatkan lebihan perdagangan (trade surplus). Imbangan perdagangan juga adalah kepentingan yang utama pada ahli merkantilis British dan Belanda. Merkantilisme telah menyebabkan pengalihan fokus daripada etika dan keadilan, kepada produksi, pertumbuhan dan kekayaan.

Kerajaan dan sistem merkantilis

Dari segi budaya, Eropah telah disatukan besar-besaran pada zaman pertengahan oleh gereja roman katolik dan bahasa Latin, yang mana digunakan di semua universiti. Situasinya berbeza dalam hal ekonomi dan politik. Apa yang kita ketahui sekarang sebagai sebuah negara telah lama dipecahkan kepada banyak, lebih atau kurang unit yang bebas bersendiri yang dikendali oleh pemerintah tempatan yang mengutip tol. Untuk memberi contoh, seorang saudagar yang mengembara di Rhine daripada Basle ke Cologne pada hujung abad ke-enam belas terpaksa membayar tol pada tiga puluh satu lokasi yang berlainan – secara kasar dalam setiap lima belas kilometer. Negeri itu patut mempunyai kawasan bersama, yang kininya digelar sebagai negara.

Apakah peranan yang patut ada pada kerajaan dalam ekonomi? Pemikiran merkantilis berpendapat bahawa ekonomi patut dikendali dalam cara yang mana dapat mengukuhkan kuasa sesebuah negara berbanding negara yang lain. Tujuan ini selalunya dianggap sebagai tujuan tertinggi. Selain itu adalah kekayaan, terutamanya kekayaan yang berdaulat dan elit komersial. Seksyen seterusnya akan mengaitkan faktor yang mendasari kuasa dan kekayaan sebuah negeri.

Perdagangan dan Fahaman Perlindungan (protectionism)

Perdagangan adalah wajar pada ahli merkantilis, terutamanya perdagangan antara negara. Perdagangan mencipta kekayaan dari segi aliran masuk kewangan. Eksport seharusnya, dengan beberapa pengecualian, dianjurkan. Import barangan boleh diterima dalam pembayaran eksport negara, tetapi adalah lebih baik dibayar dalam bentuk emas dan perak. Import hendaklah dikekalkan dalam kadar rendah bersama pelbagai tarif dan peraturan, bertumpu pada meraih lebihan dalam imbangan perdagangan, contohnya; lebihan eksport mengatasi import. Seorang warga inggeris, Thomas Mun (1571 – 1641) menyatakan dirinya seperti berikut dalam buku yang masyhur, bertajuk England’s Treasure by Forraign Trade (1630): ‘cara biasa untuk meningkatkan kekayaan dan harta ialah dengan perdagangan luar negeri, di mana kita mesti sentiasa waspada dengan peraturan ini, untuk jual lebih kepada orang asing daripada mengambil daripada mereka pada nilainya.’

Seperti yang difikirkan lebih mustahak untuk menjual daripada membeli, merkantilisme adakalanya dikatakan sebagai dalam kategori ‘takut akan barangan’. Ini dengan baik disampaikan dengan perkataan oleh ahli merkantilis Perancis – untuk tidak membebani kayangannya dengan barangan sendiri. Terdapat pelbagai faktor yang mendasari kelakuan sebegitu. Satunya ialah idea primitif, yang dikritik oleh Adam Smith, bahawa kekayaan negara terdiri daripada wang, emas dan peraknya. Faktor lain adalah idea bahawa import adalah ditegah, pengeluar domestik adalah tidak digalakkan menggantikan mereka. Pertukaran import begitu (atau, alternatifnya, subsidi eksport) akan dapat membantu menggunakan sumber yang terbiar dan menambah kekayaan negara. Banyak di antara pandangan merkantilis itu masih terkenal sekarang dalam sastera pengurusan (management literature) dan debat polisi tentang ‘daya saing’ sebuah ekonomi negara – debat di mana perdagangan antarabangsa yang pada dasarnya dianggap permainan zero-sum tentang bahagian pasaran saham dan kerja, di mana satu negara rugi dan satu lagi untung.

Pandangan pada eksport dan import telah berubah di penghujung era merkantilis. Pada abad ke-lapan belas, beberapa penulis menulis tentang kelebihan bersilang (reciprocal advantages) pada perdagangan antarabangsa, contoh; import yang juga boleh jadi berguna. Pada latarbelakangnya, dapat dicermati pemikiran tentang pengkhususan pekerjaan antarabangsa juga refleksi kepada ‘ketidaksemulajadian’ dan kemustahilan idea bahawa semua patut hanya menjual.

Wang

Wang telah menjadi tumpuan utama dalam pemikiran merkantilisme, walaupun tidaklah sesempit pikirannya (narrow-minded) seperti yang dikatakan oleh Adam Smith. Pandangan mereka pada wang adalah terkait rapat dengan perlindungan oleh pengeluaran domestik. Penulis merkantilis umunya sedar tentang elemen utama yang dikenali sekarang sebagai teori kuantiti wang (quantity theory of money). Mereka menyedari bahawa aliran masuk wang dan logam berharga, contoh; pertambahan pada jumlah pembayaran disebabkan lebihan perdagangan, akan menaikkan harga barangan dalam satu-satu negeri. Walaubagaimanapun, walaupun orang mengeluh kerana kenaikan harga, penulis merkantilis berpendapat bahawa inflasi merangsang perdagangan, pengeluaran dan pekerjaan. Untuk ini berlaku, bagaimanapun, ia adalah suatu kemestian bahawa wang tidak disorok akan tetapi dialirkan ke dalam ekonomi.

Idea bahawa kekayaan negara diukur dengan jumlah wang dan logam berharga dapat dijumpai dalam ahli merkantilis yang kurang terkehadapan, akan tetapi ia lebih mudah untuk mencari lebih huraian idea. Contohnya, Sir William Petty (1623 – 1687), ayahanda Politikal Arithmetic, telah membuat perkiraan terperinci kekayaan negara tersebut pada tahun 1665. Beliau sertakan harta tanah (real property) dan harta persendirian (personal property), dan juga nilai populasi itu. Wang hanya mewakili beberapa persen daripada kekayaan negara. Beberapa dekad kemudian, Charles Davenant (1656 – 1714), seorang merkantilis Inggeris, berpendapat bahawa polisi eksport yang berjaya memerlukan pemansuhan kekangan import; dia kemudian kerap dikenali sebagai pelopor ekonomi liberal. Beliau telah menghasilkan beberapa pamplet yang memberi analisis terperinci dalam imbangan perdagangan dan kekayaan negara, yang mana barangan tahan lama memainkan peranan yang penting.

Menuju ke penghujung era merkantilis, beberapa tokoh telah menghasilkan sumbangan yang penting yang kurang jelas dalam sekolah pemikiran yang mana. Scot John Law (1671 – 1729), antara pencipta utama daripada salah satu gelembung spekulatif yang besar, menulis teori kerja, telah memberikan ‘scarcity’ satu peranan yang penting, dan penawaran wang melalui penciptaan kredit. Richard Cantillon (1680 – 1734), kelahiran Ireland yang menetap di Perancis, adalah salah satu yang telah berjaya membuat banyak wang daripada skim kewangan Law. Beliau adakalanya digolongkan sebagai merkantilis, kadangkala sebagai pelopor fisiokrat, atau juga klasikal, dan juga penganalisis ekonomi neoklasikal. Seorang pemikir asli yang sendirinya, beliau telah membentuk konsep ekonomi sebagai sistem dua-sektor aliran pendapatan yang diimbangi leh kuasa pasaran penawaran dan permintaan. Seorang warga Itali Ferdinando Galiani (1728 – 1727) telah memberi sumbangan yang penting terhadap analisis sistematik imbangan pembayaran (balance of payments) dan teori nilai buruh, berdasarkan utiliti dan scarcity. Beliau merupakan salah satu pengkritik terhebat ke atas sekolah fisiokrat yang mula mendapat tempat pada abad ke-lapan belas.

Fisiokrat

Perancis merupakan pusat kepada fisiokrat. Permulaan sekolah ini umumnya bermula tarikh 1756 ketika tokoh utamanya Francois Quesnay (1727 – 1781) dan Anne Robert Jacques Turgot (1727 – 1781) mula menyumbang. Penghujungnya selalu dikaitkan dengan penerbitan De l’interet Social oleh Guillaume Francois Le Trosne (1712 – 1780) pada 1777. Fisiokrat boleh dianggap keduanya sama ada sebagai reaksi ke atas merkantilisme dan sebagai manifestasi agromania yang menonjol di Eropah pada abad ke-lapan belas. Perkataan fisiokrat berasal daripada Yunani yang bermaksud ‘kuasa alam’, yang memberi gambaran tentang pandangan fisiokrat. Les economistes adalah terma yang digunakan oleh wakil mereka sebagai menggelar kumpulan mereka. Kumpulan ini selalunya dianggap sebagai sekolah real pertama yang wujud dalam pemikiran ekonomi, yang mempunyai journal tersendiri dan perjumpaan-perjumpaan tetap. Kadangkala fisiokrat juga dianggap sebagai satu mazhab, kerana mereka begitu berkait rapat dengan ketua mereka Quesnay.

Perintah semulajadi (natural order)

Ahli fisiokrat percaya kepada perintah semulajadi. Di sini, kita bezakan daripada elemen dalam falsafah hukum semulajadi (natural law). Kerana undang-undang yang buruk (bad laws), susunan sebenar masyarakat akan berbeza daripada perintah semulajadi. Antara kekurangannya ialah ciri-ciri merkantilis seperti sokongan kepada industri dan eksport atas penggunaan pertanian dan penggunaan. Undang-undang buruk seharusnya dihapuskan dan hukum semulajadi harus dikembalikan. Pemilikan persendirian telah dilihat sebagai satu bahagian daripada kesepaduan hukum semulajadi, diperlukan untuk mengalakkan kerja yang perlu demi kebahagiaan sesuatu masyarakat.

Apabila hukum semulajadi menonjol, akan terdapat keharmonian antara kepentingan yang berlainan. ‘Seluruh magik masyarakat yang tersusun itu’, kata Quesnay ‘adalah setiap lelaki bekerja untuk yang lainnya, sambil mempercayai bahawa dia sedang bekerja untuk dirinya sendiri.’ Idea ini bersumber dalam metafora terkenal Adam Smith pada tangan tersorok (invisible hand) pasaran, dan ia adalah elemen utama ekonomi liberal.

Hanya Hasil Agrikultur adalah Keluaran Bersih

Agrikultur adalah tumpuan utama dalam pemikiran fisiokrat. Terdapat hujah bahawa agrikultur adalah satu-satunya industri yang boleh menghasilkan keluaran bersih, lebihan atas dan bawah kos pengeluaran. Elemen-elemen idea ini telah wujud pada hujung sastera merkantilis, juga. Bagaimanapun, fisiokrat menekankan bahawa prasyarat untuk mendapatkan hasil bersih positif ialah dengan agrikultur mempunyai cukup modal sebenar (real capital) seperti draf haiwan, lembu dan alatan. Ini membuatkan ia mampu untuk mendapatkan penuaian yang cukup bukan sahaja untuk biji benih dan memberi makan kepada keluarga penyewa dan pekerjanya, bahkan juga untuk memberi makan kepada tuan tanah.

Menurut fisiokrat, kapasiti sebuah agrikultur untuk mendapatkan hasil satu keluaran bersih telah ditentang oleh polisi merkantilis. Agrikultur seharusnya dikembalikan ke dalam kemakmurannya. Bagaimanapun, apabila tujuan ini telah tercapai, pertumbuhan lanjut adalah tidak lagi diharapkan. Ketika agrikultur mendapatkan hasil daripada keluaran bersih, perdagangan dan pembuatan adalah steril dalam erti kata produk tersebut adalah tidak layak bernilai lebih daripada kos pengeluarannya. Akibatnya, cukai kerajaan harus dikenakan kepada lebihan agrikultur, iaitu, daripada sewa yang tuan tanah peroleh.

Tableau economique

Tableau economique Quesnay adalah kemungkinan peninggalan yang paling masyhur oleh fisiokrat. Jadual tersebut diterbitkan dalam beberapa versi, telah dianggap sebagai pelopor kepada skim pengeluaran (scheme of reproduction), analisis input-output, sistem akaun moden nasional, analisis penggandaan, dan analisis keseimbangan umum (general equilibrium analysis). Sedikit perubahan pada versi jadual Quesnay menggambarkan persamaan dalam jadual input-output (lihat jadual 1).

Suatu masyarakat terdiri daripada tiga kelas; iaitu petani produktif (yang tidak memiliki tanah), golongan tuan tanah, golongan yang steril (contohnya mereka yang terlibat dalam pertukaran dan penghasilan). Jadual tersebut menunjukkan aliran barangan antara kelas, diwakili oleh aliran wang yang sama rata (equivalent) pada arah yang bertentangan (seperti bayaran dalam pertukaran pasaran). Lalu, kita dapati bahawa tuan tanah sebagai pengguna membelanjakan sebanyak 2 juta livres (unit wang) pada barangan, setengah daripadanya datang daripada petani produktif dan glongan steril, masing-masing. Jumlah pengeluaran dalam ekonomi adalah sebanyak jumlah penggunaan, contohnya tujuh billion livres. Golongan steril menggunakan cuku-cukup seperti yang mereka dapat hasilkan, contohnya dua juta livres. Sebab itulah ia dipanggil steril. Kelas produktif pula, lawannya, menghasilkan sebanyak lima juta livres akan tetapi menggunakan hanya tiga sahaja. Golongan tuan tanah tidak menghasilkan apa-apa, tetapi menggunakan dua million livres, yang mana sama dengan jumlah produk oleh petani produktif. Pemindahan sewa, contohnya, jumlah produk sebanyak 2 juta livres, daripada petani kepada tuan tanah, adalah tidak ditunjukkan dalam jadual, tetapi sudah semestinya diperlukan untuk membuat aliran pendapatan dan perbelanjaan konsisten dengan sesama sendiri.

Tableau economique Quesnay menjelaskan bahawa ahli ekonomi telah mula memerhati hubungan di antara bahagian-bahagian yang berbeza dalam ekonomi secara sistematik. Ia mengandungi idea ekonomi sebagai aliran pergerakan barangan dan wang pada analogi dalam peredaran darah, mengingatkan kita kepada fakta bahawa Quesnay asalnya adalah seorang ahli fizik. Dalam struktur yang berbeza, ekonomi moden masih menggunakan wakil kepada ekonomi sebagai bulatan aliran pendapatan dan perbelanjaan sebagai alat analisis yang hebat.

Rujukan

Aristotle (1972) Politics, in twenty three volumes, XXI. London: Heinemann.

Hecksher, Eli F. (1935, dicetak semula 1994) Mercantilism. London, Routledge.

Herlitz, Lars (1986), pra ekonomi klasik

————————————————————-

*Terjemahan daripada buku Sejarah Ringkas Pemikiran Ekonomi, Edisi kedua

Bo sandelin, Hans-Michael Trautwein Dan Richard Wundrak

Leave a comment